Monday, May 18, 2020

PENGENALAN


Pada 26 & 27 April 2019, saya telah meluangkan masa cuti sekolah di Warisan Penyabong Resort, Endau, Johor, bersama ahli keluarga saya. Kami berada di sana selama 2 hari 1 malam. Kami mengadakan hari keluarga di sana, justeru, saya dapat berjumpa dengan saudara-mara saya. Terdapat banyak aktiviti menarik yang kami lakukan di sana. Mari lihat aktiviti-aktiviti menarik yang dilakukan oleh kami.

Pada 26 & 27 April 2019, saya telah meluangkan masa cuti sekolah di Warisan Penyabong Resort, Endau, Johor, bersama ahli keluarga saya. Kami berada di sana selama 2 hari 1 malam. Kami mengadakan hari keluarga di sana, justeru, saya dapat berjumpa dengan saudara-mara saya. Terdapat banyak aktiviti menarik yang kami lakukan di sana. Mari lihat aktiviti-aktiviti menarik yang dilakukan oleh kami.





Hari Pertama

"26 April 2019 , 6:30 petang"


Kami tiba di Warisan Penyabong Resort dan berkumpul di medan selera. Kami bersalam-salaman kerana sudah lama tidak berjumpa. Saya berasa amat teruja ketika itu. Kami makan malam bersama-sama di medan selera dan daftar masuk ke rumah inap desa


 



"26 April 2019 , 8:30 malam"


Selepas menunaikan solat secara berjemaah, kami berborak-borak setelah sekian lama tidak berjumpa. Hubungan kami bagai isi dan kuku. Dalam masa yang sama, kami menyediakan BBQ untuk dinikmati bersama.





"26 April 2019 , 10:30 malam"

Pada waktu ini kami sedang bersedia untuk memberi kejutan kepada nenek saya kerana hari ini adalah hari jadinya. Kami menyanyikan lagu hari jadi kepada nenek. Nenek berasa terharu akan kejutan itu. Kami meneruskan aktiviti dengan cabutan bertuah. Saya berjaya memenangi satu hadiah misteri.







Hari Kedua
"27 April 2019 , 7:00 pagi"

Saya bangun pagi dan meluangkan masa di kolam renang bersama saudara-mara. Selepas itu, kami sarpan pagi bersama-sama pada 9:00 pagi.





"27 April 2019 , 9:30 pagi"

Selepas mengisi perut kosong. Kami melakukan aktiviti lasak iaitu berkayak. Saya tidak pernah berkayak sebelum ini, jadi ini adalah cabaran untuk saya. Saya berasa amat teruja. Selepas belajar perkara asas, saya berjaya untuk berkayak. Ini adalah aktiviti yang amat menarik dan sihat. Saya berasa amat gembira ketika itu.




"27 April 2019 , 12:30 tengah hari"

Kami mula mengemas barang dan bersedia untuk pulang. Selepas makan tengah hari, kami daftar keluar dari rumah inap desa kami. Kami mengambil beberapa gambar untuk disimpan sebagai kenangan. Percutian ini adalah salah satu memori yang saya tak akan lupa.



Pihak media dan semua masyarakat patut mengambil tahu tentang Warisan Penyabong Resort kerana keistimewaan tempat ini. Selain menyediakan servis dan kemudahan yang cemerlang serta banyak, terdapat banyak aspek kebudayaan yang terdapat di tempat ini seperti tempat penginapannya. Tempat penginapannya berkonsepkan rumah tradisional Melayu setiap negeri yang amat unik. Keistimewaan ini sukar untuk dicari di tempat lain. Saya kurang bernasib baik kerana tidak dapat menginap di salah satu rumah tradisional tersebut kerana tempahan sudah penuh. Namun, ini adalah sesuatu yang baik kerana rumah tradisional mendapat sambutan oleh masyarakat. Saya berharap agar lebih banyak pihak akan menitik beratkan perkara ini. 













68 comments:

  1. Wah,menarik sungguh percutian sahabat! Terima kasih atas perkongsian pengalaman anda.

    ReplyDelete
  2. wahhhh menarik sungguh perkongsian yang ditulis pada laman blog anda. Teruja saya membacanya. Gambar serta penerangan sangat jelas dan mudah difaham. Terima kasih di atas perkongsian ini!

    ReplyDelete
  3. Wah! Blog Travelog saudara sangat menarik! Saya berasa teruja untuk membaca dan berkunjung ke tempat seperti Penyabong Warisan Resort tersebut. 👍

    ReplyDelete
  4. Saya amat tertarik dengan penceritaan saudara Raqeeb. Saudara telah membuka pandangan saya terhadap Keindahan tempat² di Malaysia

    ReplyDelete
  5. Sangat menarik blog kamu.Penuh dengan aktiviti yang lasak.Saya sangat tertarik dengan tempat ini.Saya harap kamu akan menjadi pemandu pelancong yang hebat

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian anda.Menurut saya blog anda sangatlah menarik dan bermanfaat dan sesuai untuk dibaca oleh semua golongan umur.

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang sangat menarik. Gaya penulisan dan gambar yang digunakan sangat hebat dan menarik. Saya teringin untuk ke sana dan melakukan aktiviti di sana.Terima kasih.😊😊

    ReplyDelete
  8. Wau perkongsian menarik dan aktiviti yang gempak, isi dan maklumat yang bermanfaat dan saya rasa ingin ke Warisan Penyabong Resort

    ReplyDelete
  9. Blog yang sangat menarik untuk dibaca. Saya berharap agar anda menjadi blogger berjaya pada masa akan datang

    ReplyDelete
  10. Wah, Sungguh menarik sekali blog kamu ini! Kamu membuatkan saya teringin untuk bercuti di tempat percutian kamu ini.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Blog yang amat menarik untuk dibaca dengan besertakan gambar-gambar yang cantik dan maklumat yang bagus.

    ReplyDelete
  13. Anda sekeluarga nampak ceria dan gembira. Sudah tentu pengalaman bersama keluarga ini tidak akan dilupakan. Di samping itu, blog anda ini juga amat menarik dan menambah pengetahuan pembaca.

    ReplyDelete
  14. Saya sangat teruja melihat anda dan keluarga bersama-sama meluangkan masa. Terima kasih kerana berkongsi blog yang menarik ini.👍🏻

    ReplyDelete
  15. Saya amat suka akan perkongsian anda. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke tempat ini selepas melihat kegembiraan anda di sana.

    ReplyDelete
  16. Aktiviti-aktiviti di sana membuatkan saya terdetik di hati untuk ke sana.

    ReplyDelete
  17. Wahh! Blog ini sangat manarik serta dipenuhi dengan cerita cerita yang mengujakan! Harap anda akan menjadi blogger terkenal pada masa akan datang! Tahniahh!

    ReplyDelete
  18. Wah! Perkongsian anda sangat menarik perhatian saya. Tidak lupa juga penggunaan ayat-ayat gramatis yang mudah difahami pembaca.

    ReplyDelete
  19. sangat menarik blog kamu dan kamu menggunakan bahasa yang mudah dan gramatis yang dapat membuatkan saya teruja ketika membaca

    ReplyDelete
  20. Aktiviti yang menarik dan sangat menyeronokkan.Penulisan yang mantap.Saya berharap untuk ke sana suatu hari.

    ReplyDelete
  21. Blog yang sangat menarik untuk dibaca. Saya harap anda akan menjadi blogger yang berjaya pada masa akan datang

    ReplyDelete

  22. Wah! sungguh menarik dan kreatif penulisan blog ini. Pengisian yang berguna untuk pembaca yang ingin berkunjung ke sana.

    ReplyDelete
  23. Perkongsian percutian yang sangat menarik daripada perspektif saya. Saya bersutuju dengan cadangan anda kerana pendapat saya, rumah tradisional sebegini perlu dibina dengan lebih banyak agar warisan seni bina kita tidak akan lupuk dengan pembinaan bangunan pencakar langit.

    ReplyDelete
  24. Blog anda yang sangat menyeronokkan dan menarik sehingga membuatkan saya berasa teruja membaca blog ini...gambar yang di lampirkan juga turut canyik dan comel😁

    ReplyDelete
  25. Blog ini sangat bagus kerana penulis telah berkongsi dengan terperinci .Penulis menerangkan waktu aktiviti dilakukan. Sekurang - kurangnya jika saya hendak beraktiviti di sana saya boleh membuat anggaran waktu berdasarkan waktu aktiviti penulis.

    ReplyDelete
  26. Wahhhh banyak informasi yang saya dapat dari blog anda. Terima kasih dengan perkongsian anda

    ReplyDelete
  27. Wah, seronoknya! Banyak sekali aktiviti menarik yang dapat dilakukan disana. Selepas membaca pengalaman saudara saya berasa berminat sangat untuk pergi ke sana. Terima kasih!😃

    ReplyDelete
  28. Wah! Manis sekali pengalaman percutian anda bersama keluarga di Endau,Johor. Tahniah dan syabas atas perkongsian yang menarik ini.🤩

    ReplyDelete
  29. Hebat,mantap,berkayak pula saudara kita ya.Pastinya menarik dapat melihat seni bina rumah Melayu seluruh Malaysia,apa pun tahniah!😝😝😝

    ReplyDelete
  30. Bagus sekali blog ini. Pelbagai aktiviti menarik anda lakukan disana. Tambahan pula anda pergi bersama keluarga anda sudah tentu meriah. Syabas atas perkongsian yang menarik.

    ReplyDelete
  31. Wahh,sangat menarik blog kamu. Aktiviti-aktiviti di sana membuatkan saya terdetik di hati untuk ke sana.

    ReplyDelete
  32. Indah sungguh percutian penulis kerana meluangkan masa percutiannya dengan ahli keluarga yang tercinta. Penulis menceritakan pengalaman percutiannya dengan baik sekali. Tahniah kerana menghasilkan blog yang menarik dengan pengalaman penulis bersama keluarga penulis pada hari keluarga. :)

    ReplyDelete
  33. Wah! Kamu semua nampak sangat seronok dalam gambar-gambar yang diambil. Kawasan dan aktiviti yang dilakukan sangat menarik dan seronok. Semoga anda sekeluarga menjadi lebih rapat dan sihat pada masa hadapan. Terima kasih atas perkongsian anda.

    ReplyDelete
  34. Sungguh menarik percutian saudara ini. Terima kasih atas perkongsian pengalaman saudara. Semoga memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

    ReplyDelete
  35. Wah! Menarik juga ya Endau ini. Saya bercadang untuk ke sanalah nanti kerana saya tidak mahu terlepas peluang untuk melakukan aktiviti lasak iaitu berkayak seperti anda. :)

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. Blog saudara sangat menarik dan penuh dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.Tentu seronok dapat meluangkan masa bersama keluarga.Ini juga dapat merapatkan hubungan silaturahin dengan saudara mara yang jauh.Saudara juga dapat merasai pengalaman yang baru juga melalui percutian ini serta memberi inspirasi kepada pengunjung yang akan ke sana.

    ReplyDelete
  38. Penulisan yang ringkas namun sangat menarik untuk dibaca. Saya berasa teruja untuk bercuti ke sana juga satu hari nanti.

    ReplyDelete
  39. Saya berasa sangat seronok membaca blog anda . Blog anda cukup jelas dan menarik perhatian . Saya berharap saya dapat merasai pengalaman seperti anda . Terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini 👍🏻

    ReplyDelete
  40. Perkongsian yang menarik dan tempat yang dikunjungi juga kelihatan menarik. Penulisan blog yang terperinci. Tahniah dan teruskan usaha.

    ReplyDelete
  41. Blog anda menarik,dan jelas kerana anda meletakkan masa dan maklumat yang terperinci. Bagus Raqeeb!

    ReplyDelete
  42. Wah, tak sangka ada tempat yang menarik seperti ini untuk dilawati di Johor! Penulisan yang teliti menarik minat saya untuk membaca dari awal ke akhir.Tahniah dan terima kasih kepada saudara Raqeeb kerana sudi berkongsi blog dan pengalaman yang menarik ini.

    ReplyDelete
  43. Blog anda sungguh menarik kerana mengandungi susunan ayat gramatis dan blog yang kreatif. Penulisan blog anda membuatkan saya turut ingin ke sana pada cuti akan datang. Terima kasih ya!

    ReplyDelete
  44. Wah! Menarik sungguh blog anda. Saya berharap saya dapat bercuti di sana pada suatu hari nanti. Terima kasih atas perkongsian anda.

    ReplyDelete
  45. Seronoknya dapat berkayak bersama keluarga! Membakar sate dan bermandi-manda beramai-ramai merupakan satu aktiviti yang menarik untuk dilakukan ketika di resort. Terima kasih kerana telah memberi idea untuk aktiviti yang menarik. Syabas, saudara!

    ReplyDelete
  46. Wah! Saya baru tahu terdapat tempat - tempat yang menarik seperti ini di Johor. Perkongsian blog anda amat menarik minat saya untuk ke sana pada cuti sekolah akan datang. Teruskan usaha!

    ReplyDelete
  47. Saudara telah melawat tempat-tempat tersebut dan berjaya menceritakan pengalaman dengan begitu menarik sekali.

    ReplyDelete
  48. Perkongsian yang menarik dan tempat yang dikunjungi juga kelihatan menarik. Penulisan blog yang terperinci. Tahniah dan teruskan usaha.

    ReplyDelete
  49. Blog yang sangat menarik untuk dibaca oleh orang ramai kerana mengandungi ayat gramatis dan gambar-gambar yang menarik.Penceritaan pengalaman anda membuatkan saya ingin berkunjung ke sana.Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  50. Sungguh menarik percutian saudara ini. Terima kasih atas perkongsian pengalaman saudara. Semoga memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

    ReplyDelete
  51. Percutian anda sungguh menarik,saya sukakannya.Anda mempunyai hubungan yang rapat bersama keluarga anda manakala anda dapat mengajar saya betapa seronoknya meluangkan masa bersama keluarga.

    ReplyDelete
  52. Percutian anda sungguh menarik,saya sukakannya.Anda mempunyai hubungan yang rapat bersama keluarga anda manakala anda dapat mengajar saya betapa seronoknya meluangkan masa bersama keluarga.

    ReplyDelete
  53. Waaahhh!! Saya sangat tertarik dengan blog yang kamu tulis ini wahai saudari kerana banyak informasi tentang tempat tersebut.

    ReplyDelete
  54. Blog yang amat menarik dan sangat sesuai dibaca oleh setiap peringkat umur.Saya berharap dapat pergi ke sana juga di masa akan datang.

    ReplyDelete
  55. Saya amat suka akan perkongsian anda. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke tempat ini selepas melihat kegembiraan anda di sana.

    ReplyDelete
  56. Ewah! Menarik sungguh tempat yang kamu lawati ini. Gaya penulisan yang digunakan juga amat menarik sekali.

    ReplyDelete
  57. Blog yang sangat menarik untuk dibaca. Saya berharap agar kamu menjadi blogger berjaya pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  58. tidak sangka yang Johor juga mempunyai tempat-tempat yang menarik seperti Endau. terima kasih atas perkongsian anda

    ReplyDelete
  59. Blog yang sangat menarik dan pengalaman bercuti juga sangat menarik. Tempat tempat yang saudara kunjungi ini saya pasti dapat menarik minat pelancong untuk melancong di negara kita. Lebih lebih lagi tempat yang saudara kunjungi ini mempunyai aktiviti lasak yang menarik.

    ReplyDelete
  60. Blog anda sungguh menarik kerana mengandungi susunan ayat gramatis dan blog yang kreatif. Penulisan blog anda membuatkan saya turut ingin ke sana pada cuti akan datang.

    ReplyDelete
  61. menarik sungguh perkongsian saudara , saya harap saya juga dapat ke sana

    ReplyDelete
  62. Menarik sungguh blog yang kamu telah kongsikan kepada masyarakat. Teruskan usaha anda!

    ReplyDelete
  63. Sungguh menarik percutian saudara ini. Terima kasih atas perkongsian pengalaman saudara. Semoga memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

    ReplyDelete
  64. Blog anda sungguh menarik kerana mengandungi susunan ayat gramatis dan blog yang kreatif. Penulisan blog anda membuatkan saya turut ingin ke sana pada cuti akan datang.

    ReplyDelete
  65. Sungguh mengujakan percutian saudara. Terima kasih atas perkongsiaan saudara.Teruskan berusaha untuk membina lebih banyak blog yang kreatif ini.

    ReplyDelete
  66. Mesti seronok bukan?Itulah kampung sayaaa.Dekat saja untuk ke sana.Blog anda menarik,cuma anda perlu meningkatkan lagi kreativiti dalam penulisan anda.

    ReplyDelete
  67. Seronok sangat saya lihat perkongsian kamu saya baca dalam keadaan gembira dan seronok

    ReplyDelete